Bahagian Pentadbiran UiTM Kampus Seremban

Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3 adalah bahagian yang menguruskan perkhidmatan sumber manusia. Jumlah staf di UiTM Kampus Seremban 3 pada masa kini adalah seramai 381 orang. Staf pengurusan dan sokongan adalah seramai 199 orang manakala staf akademik adalah seramai 183 orang termasuk 6 cuti belajar.

Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Negeri Sembilan berfungsi sebagai nadi utama sesebuah kampus dalam menjalankan proses kerja utama dalam hal ehwal pentadbiran am, pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Bahagian ini juga berperanan merangka, merancang, menetapkan, menyelaras dan memantau hala tuju pentadbiran dan sumber manusia serta memberi khidmat pakar dalam tadbir urus bagi memastikan UiTM Cawangan mempunyai tadbir urus terbaik dan berfungsi dengan cekap dan berkesan selaras dengan objektif penubuhan dan hala tuju cawangan selain berperanan sebagai pemegang rekod utama staf UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Pejabat Pentadbiran selaku peneraju transformasi pengurusan sumber manusia telah melaksanakan tanggungjawab mengurus dan membangunkan sumber manusia di UiTM Cawangan Negeri Sembilan secara bersama melibatkan semua bahagian dan fakulti.

Objektif

Memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada pelanggan yang dikenalpasti berdasarkan peraturan kerajaaan. Pelanggan yang dikenalpasti adalah terdiri daripada staf, pelajar, ibu/bapa pelajar dan jabatan/orang awam.

Piagam Pelanggan

Kami berusaha dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan iaitu kepada pelajar, staf dan ibu/bapa.

Fungsi Jabatan

  1. Melaksanakan pekeliling UiTM/Kerajaan
  2. Cuti Staf 
  3. Prestasi Staf
  4. Perjawatan
  5. Pertukaran dan pengesahan jawatan
  6. Mengurus keperluan dan pengambilan staf
  7. Menguruskan surat-menyurat
  8. Mengurus tuntutan/bayaran bil UiTM
  9. Mengurus Kebajikan staf